Apa yang perlu dilakukan setelah mendapatkan surat kelulusan untuk visa Vietnam?

Posted by & filed under FAQ.

Apa yang perlu dilakukan setelah mendapatkan surat kelulusan untuk visa Vietnam?

Apa yang perlu dilakukan setelah mendapatkan surat kelulusan untuk visa Vietnam?

Pada dasarnya, surat kelulusan untuk memungut visa sewaktu ketibaan akan dihantarkan ke alamat emel anda dalam masa 24 jam selepas pembayaran. Sila emel kepada info@vizosvietnam.com jika anda masih tidak menerima surat kelulusan untuk visa anda dalam masa 24 jam selepas pembayaran.

Selepas menerima surat kelulusan, anda mesti mencetak keluar surat tersebut untuk tujuan menaiki kapal terbang dan untuk ditunjukkan untuk pungutan visa Vietnam anda sewaktu tiba di lapangan terbang Vietnam di ibu kota Hanoi, Ho Chi Minh (atau Bandar Saigon) dan Bandar Danang. Tanpa kehadiran surat kelulusan anda tidak boleh menaiki kapal terbang, dalam beberapa kes, anda boleh menaiki kapal terbang tetapi tidak boleh mendapatkan visa apabila sampai ke lapangan terbang Vietnam jika anda tidak mempunyai surat kelulusan di tangan anda.

Sila sediakan tunai USD untuk yuran setem atau yuran imigresen di lapangan terbang – 25USD / setiap visa kemasukan tunggal atau 50 USD / setiap visa kemasukan berganda.

2 gambar bersaiz 4x6cm atau bersaiz pasport akan diperlukan apabila anda sampai ke sana.

Nota:

  • Sila ingat untuk mencetak keluar surat kelulusan untuk visa anda.
  • Sila sediakan tunai selaku arahan kami untuk yuran setem visa Vietnam di lapangan terbang.

Related Posts

Visa melancong Vietnam

Visa melancong Vietnam

On

Secara kebiasaan, kami akan menguruskan suatu surat kelulusan untuk memungut visa anda sewaktu ketibaan di… more →

Vietnam VOA

Vietnam VOA

On

Vietnam VOA ialah suatu istilah di mana beberapa orang merujuk kepada perkhidmatan “Vietnam visa on… more →

Gambar visa Vietnam

Gambar visa Vietnam

On

Kami menguruskan visa Vietnam sewaktu ketibaan di lapangan terbang Vietnam dan gambar visa Vietnam di… more →

Comments are closed.