Visa Perniagaan Vietnam

Posted by & filed under FAQ.

Visa Perniagaan Vietnam

Visa Perniagaan Vietnam

Anda perlu memohon untuk visa perniagaan jika anda ingin bekerja atau membuat perniagaan di Vietnam.

Sila ambil perhatian jika anda ingin bekerja secara sah di Vietnam, anda mesti mempunyai permit pekerjaan di Vietnam, dan visa perniagaan hanya suatu keadaan untuk memohon permit pekerjaan. Sudah tentu permit pekerjaan adalah berbeza daripada visa perniagaan dan jangan ingat anda boleh bekerja secara sah dengan menggunakan visa perniagaan.

Kami menguruskan surat kelulusan untuk mendapatkan visa perniagaan sewaktu ketibaan di lapangan terbang Vietnam untuk para pelancong dan visa perniagaan , secara kebiasaannya, visa untuk 1 bulan, kami secara automatik akan menguruskan untuk tujuan melancong dan untuk visa 3 bulan, kami secara automatik menguruskan untuk tujuan perniagaan.

Jika anda mahukan visa perniagaan tetapi kami menguruskan surat kelulusan untuk visa pelancong, sila emel kepada info@vizosvietnam.com dengan segera untuk memperolehi surat kelulusan yang baru untuk visa perniagaan, sudah tentu kami tidak akan mengenakan anda bayaran untuk sebarang penukaran.

Jika anda mahukan visa pelancong dan kami menguruskan surat kelulusan untuk memungut visa sewaktu ketibaan di Vietnam sabagai tujuan perniagaan, jangan bimbang, dengan visa perniagaan, anda boleh melancong dengan bebas tanpa masalah dan tidak perlu meminta untuk membuat perubahan.

Secara amnya, dengan visa perniagaan, anda boleh mengunjung di seluruh negera Vietnam tanpa masalah tetapi dengan visa pelancong, kadang-kala anda mempunyai masalah jika untuk tujuan pekerjaan atau membuat perniagaan di Vietnam.

Sila ingat untuk memohon visa perniagaan untuk memasuki Vietnam jika anda termasuk dalam situasi seperti di bawah (ini adalah hanya beberapa situasi yang kami alami dengan anda dan kami berasa gembira jika anda boleh mengongsi pengalaman anda melalui emel di info@vizosvietnam.com:

Untuk orang laut yang memasuki Vietnam melalui lapangan terbang tetapi kemudiannya ingin ke kapal untuk perniagaan atau keluar dari Vietnam melalui kapal perlu memohon visa perniagaan.

Ahli krew perlu memohon visa perniagaan jika berada dalam tugas.

Orang yang menghadiri mesyuarat antarabangsa di Vietnam harus juga memohon visa perniagaan.

Related Posts

Visa Vietnam jenis C2

Visa Vietnam jenis C2

On

Visa Vietnam jenis C2 dikeluarkan untuk warga asing memasuki Vietnam untuk tujuan lain. Visa Vietnam… more →

Visa Vietnam transit

Visa Vietnam transit

On

Pada umumnya, visa Vietnam tidak diperlukan jika anda transit untuk beberapa jam di lapangan terbang… more →

Comments are closed.